Tema : Siapakah
yang terbesar dalam Kerajaan Syurga?
Matius 18: 1-5
Pada waktu itu datanglah murid-murud itu kepada Yesus dan bertanya:
“siapakah yang terbesar dalam Kerajaan Syurga?”
MakaYesus memanggil seorang anak kecil dan menempatkannya di tengah-tengah
mereka lalu berkata: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika kamu tidak
bertaubat dan menjadi seperti anak kecil ini, kamu tidak akan masuk ke dalam
Kerajaan Syurga. Sedangkan barang siapa
merendahkan diri dan menjadi seperti
anak kecil ini, dialah yang terbesar dalam Kerajaan Syurga. Dan barang siapa menyambut seorang anak
seperti ini dalam nama-Ku, ia menyambut Aku”.
Pendahuluan:
1.
Sebuah artikel mengenai dengan 4 ekor burung yang dijual.
a.
Burung pertama dengan harga enam ratus ribu (boleh
menyanyi dengan merdu sambil ikut irama muzik)
b.
Burung kedua dengan harga satu juta (boleh menjawab
panggilan telefon, menyanyi sambil ikut irama dan boleh diajak bercerita)
c.
Burung ketiga dengan harga dua juta (boleh menjawab
panggilan telefon, boleh sms, boleh menyanyi dan menari serta pandai menilik
nasib seseorang)
d.
Burung keempat dengan harga tiga juta (bila ditanya
kenapa lebih mahal daripada burung-burung yang lain, maka penjual itu menggaru
kepala dan berkata “errr...sebenarnya saya tidak tahu apa kelebihan burung ini
tapi semua burung-burung di sini memanggilnya bos”
Aplikasi
pendahuluan: Bagi dunia, orang yang terbesar sekali ialah orang yang punya duit
banyak, orang yang ada pangkat dan macam-macam lagi. Namun dalam Kerajaan Syurga, Allah tidak menilai
seperti cara dunia menilai.
Point:
1.
Pertanyaan murid-murid Yesus: “Siapakah yang terbesar
dalam Kerajaan Syurga?”
Dalam teks
pembacaan kita tadi adalah mengenai dengan “siapakah yang terbesar dalam
Kerajaan Allah”
Murid-murid
Yesus datang kepada Yesus dan mereka bertanyakan siapakah di antara mereka yang
terbesar dalam Kerajaan Syurga. Saudara
dan saudari, kalau kita memperhatikan setiap murid-murid Yesus itu, tidak ada
seorang pun di antara mereka yang tidak memainkan peranan yang penting dalam pelayanan
bersama dengan Yesus. Menurut daripada
setiap sejarah riwayat hidup murid-murid Yesus, semua mereka dipakai dengan
luar biasa dan tidak ada di antara mereka yang tidak penting, semua mereka
adalah penting-penting. Kerana mungkin
para murid melihat kesamarataan mereka maka timbullah dalam fikiran mereka
mengenai dengan siapakah yang terbesar di antara mereka. Masing-masing mereka mahukan kedudukan yang
lebih besar daripada yang lain dalam Kerajaan Syurga. Kerana keinginan untuk mengetahui siapakah
antara mereka yang lebih besar, telah membawa mereka kepada Yesus untuk
bertanyakan mengenai yang terbesar di antara mereka.
2.
Penjelasan Yesus mengenai “siapakah yang terbesar dalam
Kerajaan Syurga” dengan membandingkan seorang anak kecil (tanpa pertaubatan dan
menjadi seperti anak kecil ini, seorang itu tidak akan masuk ke dalam Syurga)
ayat 2-5
Yesus
mengambil seorang anak kecil sebagai metafora bagi orang yang terbesar dalam
Kerajaan Allah. Untuk menjadi yang
terbesar dalam Kerajaan Allah, murid-murid Yesus harus mengambil contoh
daripada seorang budak kecil. Mengapa budak
kecil yang Yesus jadikan perbandingan atau contoh untuk menjadi yang terbesar
dalam Kerajaan Syurga?
Mengapa Yesus
mengambil contoh untuk menjadi yang terbesar dalam Kerajaan Allah harus menjadi
seperti anak kecil, KERANA:
a.
Anak yang masih kecil adalah seorang yang lurus
b.
Anak yang masih kecil tidak akan berbohong
c.
Anak yang masih kecil adalah seorang yang senang diajar
d.
Anak kecil memiliki hati dan fikiran yang tidak kotor
e.
Anak yang masih kecil adalah seorang yang mudah percaya
f.
Anak yang masih kecil mudah dipuaskan dan senang dipujuk
g.
Anak yang masih kecil itu tidak memberontak, kalau ia
kelihatan memberontak pun itu bukan ia memberontak tetapi mahukan kasih sayang
h.
Anak yang masih kecil membanggakan bapa dan mamanya (bapa
dan mamanya adalah hero baginya)
i.
Anak yang masih kecil memerlukan perlindungan yang total
daripada kedua ibu bapanya. dan banyak
lagi perihal menarik mengenai dengan seorang anak kecil
Sidang
jemaat yang berbahagia, mengapa untuk menjadi yang terbesar dalam Kerajaan
Allah kita harus merendahkan diri kita dan menjadi seperti anak kecil dalam hal
mengikut Yesus. Untuk mengikut Yesus
kita seharusnya memiliki hati seperti seorang anak kecil yang lurus, ikhlas,
senang diajar, mudah percaya terhadap janji-janji Tuhan, merasa puas dengan
pemberian Tuhan, tidak memberontak tetapi mahukan kasih sayang daripada Tuhan
dan menganggap Tuhan itulah hero kita.
hari ini saya mahu kita jawab dengan jujur, selama ini adakah Tuhan itu
adalah hero bagi kita semua. Sebagai gunung
batu yang kukuh, kita berlindung dibawah tangan-Nya yang perkasa?
Saudara dan
saudari, beberapa ratus tahun dahulu, ada seorang lelaki yang sangat
terpelajar. Dia adalah seorang filsuf yang sangat disegani kerana pengetahuannya
yang luas. Kerana dia sangat pandai, dia
tidak lagi mahu menimba ilmu daripada orang lain kerana baginya tidak ada orang
yang layak mengajar dia. Dia juga
seorang yang tidak mahu mendengarkan nasihat orang lain dan memandang rendah
terhadap buku-buku tulisan orang lain, kerana dia terlalu pandai. Dia bukanlah seorang Kristian dan dia tidak
percaya adanya Tuhan. Dia juga seorang
ahli pengkaji dan menurutnya dunia terbentuk kerana hasil daripada percampuran
atom dan zarah-zarah yang kompliks. Manusia
terbentuk secara tidak sengaja melalui proses yang terjadi selama beratus-ratus
tahun. Nafas manusia terhasil dan
merupakan nyawa manusia melalui hasil fungsi tubuh yang kompleks. Satu hari, hari yang sangat bersejarah dalam
hidupnya, dia membaca Kitab Pentateuk (pada masa itu Alkitab belum dikanon @
belum dikumpulkan dan yang ada hanyalah kelima kitab Musa). Dia berminat membaca dari awal sampai habis
dan setelah membaca kitab tersebut, dia terpersona dengan mukjizat-mukjizat
yang ada dalam Kitab Taurat. Dia merasa kepandaiannya tercabar selain daripada
gaya bahasa Kitab Taurat yang dalam dan bernilai tinggi. Namun pun demikian dia tidak dapat menerima
hakikat bahawa ada orang yang lebih pandai daripadanya iaitu penulis Kitab
Pentateuk. Dia juga mengeraskan hatinya
daripada percaya adanya Tuhan dan tetap tidak mahu berganjak daripada
penilaiannya bahawa dialah orang yang terpandai sekali.
Saudara dan
saudari, seperti cerita tadi, ahli filsuf itu tidak dapat diselamatkan, tidak
dapat percaya kerana hatinya yang terlalu keras dan sombong. Sangat penting untuk kita mencontohi seorang
anak kecil yang mudah percaya, lurus dan memiliki hati yang lembut. Seorang yang tidak mahu menjadi seperti anak
kecil dalam hal mengikut Tuhan adalah seorang yang tidak dapat masuk ke dalam
Kerajaan Allah disebabkan fikiran dan hatinya yang tidak mahu bergantung
terhadap siapa-siapa termasuk Tuhan. Saudara
dan saudari, bukan kita mahu menjadi anak kecil dalam mengikut Tuhan untuk mahu
menjadi yang terbesar dalam Kerajaan Allah tetapi asal sahaja kita dapat masuk
ke dalam Kerajaan Syurga.
Saudara dan
saudari, hari ini marilah kita menjadi seperti seorang anak kecil di hadapan
Bapa kita di syurga. Tinggalkan keegoan,
kesombongan, kekerasan hati, tidak percaya dan bermacam-macam lagi perkara yang
tidak dimiliki oleh seorang anak kecil. Untuk
menjadi terbesar dalam Kerajaan Syurga harus merendahkan diri dan menjadi
seperti anak kecil. Untuk menjadi orang
yang terbesar dalam dunia kita harus ada wang, pendidikan, pangkat dan
sebagainya, tetapi berlainan bagi hal Kerajaan Syurga. Untuk menjadi yang terbesar dalam Kerajaan
Syurga kita harus terlebih dahulu menjadi seperti seorang anak kecil dalam hal
mengikut Yesus iaitu:
a.
Lurus
b.
Tidak berbohong
c.
Senang diajar
d.
Mudah percaya
e.
Mudah dipuaskan
f.
Fikiran dan hati yang tidak kotor
g.
Tidak memberontak
h.
Memerlukan perlindungan yang total
i.
Dan Yesus adalah hero kita
Siapakah
yang terbesar dalam Kerajaan Allah?
Seorang yang
terlebih dahulu menjadi seperti anak kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan