Isnin, 30 September 2013

TUKANG PERIUK YANG AGUNG

Tukang periuk yang agung

Yermia 18: 1-6
(Firman yang datang dari TUHAN kepada Yeremia, bunyinya: pergilah dengan segera ke rumah tukang periuk!  Di sana Aku akan memperdengarkan perkataan-perkataanKu kepadamu.  Lalu pergilah aku ke rumah tukang periuk, dan kebetulan ia sedang bekerja dengan pelarikan.  Apabila bejana, yang sedang dibuatnya dari tanah liat di tangannya itu rosak, maka tukang periuk itu mengerjakannya kembali menjadi bejana lain  menurut apa yang baik pada pemandangannya.  Kemudian datang Firman TUHAN kepadaku, bunyinya: “masakan Aku tidak dapat bertindak kepada kamu seperti tukang periuk ini, hai kaum Israel!, demikianlah firman TUHAN.  Sungguh seperti tanah liat di tangan tukang periuk, demikian kamu di tanganKu, hai kaum Israel!)

Latar Belakang Yermia
1.       Nabi Yehuda
2.       Diancam kerana bernubuat
3.   Nabi yang sepanjang hidupnya sebagai nabi menderita sengsara dan tidak ada satu pun yang mendengarkan dia.
4.     Allah mengutus Yermia kepada tukang-tukang periuk dan memperhatikan bagaimana tukang periuk membuat periuk dari tanah liat.
5.   Semasa Yermia memperhatikan tukang periuk membuat periuk dari bejana tanah liat, maka Allah memberi pelajaran kepada Yermia bahawa Allah juga seperti tukang periuk untuk umat Israel.

Cth.
1.   Musa yang sebelum menjadi pemimpin terbesar telah dibentuk selama 40 tahun di istana Firaun dengan pendidikan dan kemahiran hidup, 40 tahun dibentuk melalui sikap hati di padang gurun sebelum memimpin umat Israel
2.       Daud yang sebelum menjadi raja menjadi orang suruhan dan bawahan raja Saul
3.     Paulus sebelum menjadi rasul dididik dengan tekun untuk menjadi orang Farisi dan setelah menjadi rasul dibentuk melalui pengalaman pahit dalam pelayanan

Aplikasi.
1.       Orang Kristian sebelum menjadi indah di dalam Kristus harus mengalami pembentukan Allah melalui kesukaran-kesukaran hidup
2.   Seorang pemimpin tidak dapat memimpin dengan baik dan kuat jika tidak melalui kritikan dan kegagalan (sampai rasa tidak mampu)
3.   Seorang jemaah tidak dapat menjadi indah, rendah hati serta kuat jika hatinya tidak diremukkan terlebih dahulu.

Kita hanya perlu menunggu, berserah dan bertenang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan