Ahad, 3 November 2013

KASIH SEBAGAI MOTIVASI PELAYANAN


1 KORINTUS 13
Tema              :  Kasih sebagai motivasi pelayanan
Teks               :  1 Korintus 13
Pendahuluan :                    
            1 kor 13 ini ialah satu penekanan yang melatarbelakangi dan menjadi titik perbahasan utama Paulus dalam hal ia menerangkan teks sebelumnya iaitu bab 12 dan teks selepas iaitu bab 14.  saudara jika kita lihat latar belakang kota Korintus, kota ini ialah milik orang Yunani dan sudah semestinya kota ini dipenuhi oleh penyembahan-penyembahan berhala dan kota Korintus pada masa Paulus ialah kota yang menjadi pusat penyembahan berhala.  Keruntuhan akhlak yang terbesar juga berlaku di kota korintus kerana pengaruh daripada kepercayaan terhadap dewi artemis yang menawarkan pelacur bakti yang melanggani jemaah di kuil ini, sebagai satu daripada bentuk ibadah kepada dewi Artemis.
            Orang Kristian pada ketika itu hidup dalam pengaruh filsafat dan kebajitan ataupun kebiasaan buruk orang kafir di sekitar korintus.  Mereka menggangap kekristianan itu seperti agama-agama lainnya yang kafir dan sehingga timbulnya masalah di dalam jemaah.  Ada yang menjadikan gereja sebagai pusat polotik, membeza-bezakan kasta, salah motivasi dalam pelayanan dan menganggap rendah akan persekutuan tubuh Kristus.  Berlaku ketidakadilan dalam gereja sehingga ada jemaah yang dikucilkan, ada yang diangkat menjadi pemimin tertinggi sedangkan ia sendiri belum lahir baru, ada penyelewengan dan banyak hal lagi.  Surat pertama ini ditulis oleh Paulus untuk memperbaiki kebiasaan-kebiasaan yang tidak baik dalam jemaah dan dorongan Paulus.

Isi Penting
Tiga hal utama mengenai dengan kasih

Hal 1.  Keunggulan Kasih (ayat 1 – 3)
Dalam teks ini Paulus memberi penjelasan mengenai dengan keunggulan kasih, sehinga kasih itu adalah yang terunggul sehingga setiap pelayanan yang tidak dimotivasikan oleh kasih, maka pelayanan itu adalah sia-sia sahaja.
v  Bagaimana sekalipun banyak kurnia pelayanan kita, semua itu tidak berguna tanpa didasari/ dimotivasikan oleh kasih.
v  Seberapa banyak sekalipun sumbangan kita ke atas gereja, tanpa kasih itu juga tidak bermakna
v  Ibadah tanpa kasih juga tidak berguna

Hal 2.  Ciri-ciri Kasih  (ayat 4- 7)
1)    Sabar – sabar dalam bahasa asli ialah seorang yang sabar dan disertai dengan penyerahan
v  Ia mampu bersabar dalam apa jua situasi keadaan, sama ada dalam keadaan senang mahupun dalam keadaan-keadaan yang sukar dan sentiasa memperbaharui penyerahannya dari hari ke hari..
v  Kerana tidak ada sabarlah jemaah berpecah dan akhirnya meninggalkan iman
2)    Murah hati
v  Memberi semasa kekurangan dan menghibur orang lain – saudara, siapa yang masih mampu memberi kepada Tuhan sedangkan ia sangat kekurangan.  Firman Tuhan mengatakan bahawa Allah senang dan memberikan berkat berlipat kali ganda semasa anda memberi dalam kesempitan.

3)    Tidak cemburu
v  Tidak pencemburu
Ada dua kategori cemburu.
a)    Cemburu kudus (dimiliki oleh Allah)
-       bertujuan baik atau membina
b)    Cemburu Buta
-  cemburu inilah yang dimaksudkan oleh Paulus.  Cemburu buta bererti cemburu yang tidak wajar dan tidak bertempat.

4)    Tidak memegahkan diri
v  Tidak meninggi-ninggikan diri
dan tidak sombong
v  Ada dua jenis sombong:
1.    Sombong keatas,
-  ada orang yang menggangap dirinya begitu penting daripada orang lain hanya kerana dia ada jawatan dalam gereja atau pun orang penting dalam masyarakat..
2. Sombong kebawah
      -  Sombong yang tidak ketara sepertinya seorang yang sangat rendah diri tetapi            sebenarnya menunjukkan kesombongannya dengan pura-pura tidak mampu
5)    Tidak melakukan yang tidak sopan dan mencari keuntungan diri sendiri
v  Ia melakukan sesuatu yang tidak menyinggung perasaan orang lain
v  Ia tidak melakukan pelayanan untuk mencari keuntungan diri sendiri dan orang lain dirugikan.
6)    Tidak pemarah
7)    Tidak menyimpan kesalahan orang lain
v  Dia seorang yang suka mengampuni
8)    Tidak bersukacita kerana ketidakadilan, tetapi kerana kebenaran
v  Tidak berkompromi dengan ketidakadilan
9)    Menutupi segala sesuatu,-
v  seorang yang tidak mempebesar-besarkan perkara yang tidak sepatutnya.
v  Bertindak menghentikan sesuatu perkara yang tidak baik, yang dilakukan oleh orang lain dengan cara tidak memburuk-burukkannya tetapi ia menutupinya, tetapi bukan dengan cara kompromi. 
10)  percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu dan
11)  sabar menanggung segala sesuatu
v  Bertahan dalam menanggung beban atau sesuatu yang menyebabkan kita disakiti atau dirugikan..
v  Bukan manis sahaja yg ditelan tetapi yang pahit juga penting

Hal 3.  Kekekalan Kasih (ayat 8 – 13)
Paulus berkata bahawa kasih adalah tidak akan berkesudahan.  Nubuat akan berakhir, bahasa Roh akan berhenti, pengetahuan akan lenyap tetapi kasih ialah kekal dan tidak akan pernah berhenti.  Oleh itu saudara dan saudari yang saya kasihi, kita tidak akan pernah rugi jika kita menjadikan kasih sebagai dasar atau motivasi bagi setiap pelayanan kita.


Kesimpulan : 
            Lakukan segala perkara dan pelayanan dengan dimotivasikan oleh KASIH


Tiada ulasan:

Catat Ulasan