Virus:
Sewaktu duduk di bangku sekolah dulu, admin sering lewat menghantar
kerja-kerja kursus sebab admin tidak ada komputer untuk memudahkan admin menaip
tugasan-tugasan. Kerana merasa sangat
perlu untuk memiliki sebuah komputer, admin terpaksa berjimat sehingga beberapa
bulan sampailah admin cukup wang untuk membeli sebuah set komputer. Namun selepas beberapa minggu setelah
memiliki komputer, admin mempunyai masalah menghantar tugasan kerana komputer
admin tidak dapat berfungsi dengan baik.
Semua tugasan admin hilang dan termasuklah segala data-data penting
admin. Yang mengesalkan admin adalah
admin tidak pernah mengupdate selama beberapa minggu antivirus komputer admin
dan kerananya virus telah menjangkiti
file-file penting di dalam komputer admin. Admin tidak bermaksud untuk terus
menceritakan pengalaman admin tentang kelewatan menghantar tugasan mahu pun
komputer admin yang telah dijangkiti virus, tetapi apa yang admin cuba kongsikan
di sini ialah mengenai dengan virus.
Semua
kita tahu apa itu virus komputer, dan tidak perlulah admin menjelaskan secara
detail, lagi pun admin kurang fasih mengenai dengan virus-virus komputer. Apa yang admin cuba kongsikan di sini ialah
virus yang yang menjangkiti hati manusia.
Sahabat, jika kerana virus, komputer tidak dapat beroprasi dengan baik,
demikian juga dengan hati manusia. Hati
manusia tidak dapat beroprasi dengan baik atau mengenal kebenaran jika hati
dijangkiti virus kepalsuan. Segala
kepalsuan, Keinginan-keinginan berdosa atau kebiasaan-kebiasaan buruk adalah
virus bagi hati kita. Bila hati kita
dijangkiti keinginan-keinginan berdosa atau dicemari dengan kebiasaan-kebiasaan
buruk kita, maka semestinya hati kita tidak lagi dapat mengenal jalan
Tuhan. Fokus kita tidak lagi tertuju
kepada hal-hal rohani dan keinginan kita itu ialah hidup berdosa. Seperti komputer yang memerlukan antivirus,
demikian juga dengan manusia. Kita manusia
juga harus memiliki antivirus iaitu hubungan yang baik dengan Tuhan sang
pencipta kita. Tanpa memiliki hubungan
yang baik dengan Tuhan maka sudah semestinya kita tidak ada keimunan terhadap
dosa. Oleh itu, admin meminta kita
luangkan waktu sedikit dan memikirkan apakah kita sudah memiliki antivirus itu
iaitu hubungan yang baik dengan Tuhan sang Pencipta kita. Jika antivirus harus di update selalu untuk
memungkinkannya berfungsi dengan baik, demikian dengan hubungan kita dengan
Pencipta kita. Kita harus setiap hari
datang kepada Dia dan semakin dekat dengan Tuhan sang Pencipta kita.
SUDAHKAH
KITA MEMILIKI ANTIVIRUS ITU????
~~~~ADMIN dius-ku.blogsport.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan