Jumaat, 20 September 2013

Motivasi : Hati - Kunci kebahagiaan

Hati:
Hati dikaitkan dengan organ dalaman manusia.  Hati memainkan peranan penting untuk meneruskan kehidupan. Namun satu hal yang sangat unik tentang hati kita, iaitu hati adalah pusat perasaan, kehendak dan intelek manusia. Jika hati "luka" maka emosi seseorang tergangu, jika hati menjadi "tawar" maka seseorang kehilangan motivasi. Kita seharusnya menjaga hati kita dengan segala kewaspadaan lebih daripada yang lain,  kerana dari hatilah terpancar kehidupan kita. Menjaga hati dengan segala kewaspadaan bermaksud memelihara hati kita semampunya kita, menolak hal-hal yang merosakkan hati kita.  Hati diibaratkan seperti gawang gol dan kita sebagai penjaga gol.  Seorang penjaga gol akan berusaha sedapat mungkin untuk menangkis jaringan daripada pihak lawan.  Pihak lawan kita ialah keinginan duniawi yang membinasakan, amarah yang membakar hati, tuduhan-tuduhan daripada Iblis dan banyak lagi musuh hati kita.  Jangan biarkan hati kita ditawan oleh duka, kebencian, keegoan, prasangka buruk dan sebagainya, kerana hidup kita menjadi tidak bahagia.  Adalah tidak berbaloi jika usia kita di dunia ini hanya sebentar sahaja, seperti embun di waktu pagi, lenyap di tengah hari seperti bunga bakung di ladang, hari ini subur dan cantik tetapi esok hari segera layu.  Kita harus bersukacita supaya dapat menikmati keindahan hidup kita yang singkat.  Untuk menikmati hidup yang serba indah ini walaupun singkat, kita terlebih dahulu menjaga hati kita, kerana itulah kunci kebahgiaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan