Kadangkala kita berbelah bagi dengan keputusan yang kita ingin buat.
Maksudnya ialah, menjalankan tindakan atau meneruskan tindakan bagi
keputusan yang telah kita kaji buruk baiknya dan telah kita tetapkan
sebagai satu keputusan yang nekad. Seringkali terjadi begitu kerana KITA
MEMANDANG PERKARA LAIN YANG MENJADI ALTERNATIF! Barangkali alternatif
itu lebih murah, lebih hebat, lebih baik atau lebih cantik..
Kalau kita seorang yang rigid, kita akan tetap dengan keputusan yang
telah dibuat tanpa mahu mengubahnya biar apapun terjadi. Namun
sebenarnya, kita boleh mengubah keputusan dalam ruang lingkup keputusan
asal yang telah dibuat. Asalkan ianya tidak begitu lari daripada
matlamat kita di depan, kita boleh melakukan perubahan, penambahbaikan
dan sebagainya demi untuk diri kita dan masa depan kita!
Kita boleh saja kerana ianya melihatkan perihal kehidupan kita. Susah
senang akibat keputusan yang kita buat sebenarnya kita yang menanggung
kesannya. USAH BERIKAN LALUAN KEPADA KEPUTUSAN KITA DITENTUKAN OLEH
ORANG LAIN! Kita boleh mengambil iktibar, cadangan, laluan dan kritikan,
namun KEPUTUSAN AKHIR AKAN DIBUAT OLEH KITA SENDIRI selepas mengetahui
segala pro dan kontra sesuatu perkara sebelum keputusan dibuat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan