Jangan Menyerah
Sewaktu saya sedang duduk di tepi kolam, saya terlihat seekor kura-kura yang cuba menaiki tebing kolam. saya perhatikan kura-kura tersebut yang sedang berusaha menaiki tebing dan kerana tebing itu tinggi maka kura-kura itu sering jatuh. Setelah beberapa kali percubaan untuk menaiki tebing kolam itu akhirnya ia berjaya sampai ke atas tebing kolam. Tetapi malang bagi kura-kura tersebut bila berada di atas daratan, dengan tidak disangka kura-kura itu terbalik setelah mencuba untuk menuruni tebing kolam tersebut. Kura-kura itu berusaha untuk membalikkan dirinya semula tetapi tetap tidak berjaya kerana kaki kura-kura itu terlalu pendek untuk menjangkau tanah dan cengkerangnya yang keras lebih tinggi menyebabkan kaki kura-kura semakin sukar untuk menjangkau tanah untuk membolehkannya berbalik ke asal. Setelah lama berusaha akhirnya kaki kura-kura itu berjaya menjangkau seketul batu yang berdekatan sehingga kura-kura itu dapat membalikkan badannya semula. Saya sangat kagum dengan kesungguhannya dari menaiki tebing hinggalah membalikkan badannya semula.
Sahabat, hidup ini memang banyak cobaannya yang mungkin sahaja membawa masalah kepada kita. Setiap hari kita mesti bertemu dengan masalah. Masalah boleh sahaja hadir di rumah, tempat kerja, persekitaran, keperluan hidup atau sebagainya. Pokoknya masalah itu teman setia kita yang tidak pernah meninggalkan kita selagi kita masih di dunia ini. Untuk menjadikan hidup kita penuh erti, kita harus belajar mendamaikan diri kita dengan masalah harian kita, hinggalah masalah itu tidak menggangu emosi kita. Ramai orang menyerah dengan masalah yang dihadapinya sehingga itu seperti sebuah gunung dalam penglihatannya yang menutupi kebahagiaan di hadapan.
Sahabat, terlalu banyak orang yang menyerah atas masalah hingga perkara ini sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan orang. Pantang menyerah kalah itu perkara yang luar biasa dan sangat sedikit orang yang dapat melakukannya. Hanya orang yang dapat mendamaikan dirinya dengan masalah sahaja yang mampu berbuat demikian. Kenapa kita berpantang untuk menyerah, sebab:
1. Hidup memang tidak mudah, akan selalu ada rintangan dan hambatan yang menghadang kita.2. Hidup kita tidak boleh sia-sia
3. Kita mampu berfikiran positif
4. Kita manusia memiliki jiwa yang kuat
Menyerah Adalah Perkara Biasa Tetapi Jiwa Yang Pantang Menyerah Adalah Luar Biasa!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan