![]() |
Anak, semasa ibu masih muda, ibu punya kekuatan menjaga engkau. Meskipun hidup kita susah, ibu tidak gentar sedikit pun sebab ibu masih kuat. Siang hari ibu akan bekerja untuk mencari sesuap nasi untuk kita, malam hari ibu tidak tidur kerana engkau sering menanggis. Ibu sediakan susu untuk engkau, ibu menyanyikan lagu kesukaan mu sambil menarik ayunan mu. Semasa engkau remaja, Ibu berusaha memenuhi keinginan mu. Engkau mahu pakaian mahal sebab malu dengan kawan-kawan jika engkau memakai baju yang lusuh. Ibu masih ingat ketika Ibu balik dari sawah, Ibu melihat engkau menanggis di tangga. Belum sempat Ibu bertanya mengapa anak menanggis, engkau terlebih dahulu memeluk Ibu. Engkau meminta Ibu belikan kasut yang baru. Ibu sangat sedih kerana engkau meminta ibu belikan kasut yang mahal. Ibu bukan sedih dengan nilai kasut yang engkau minta, tetapi ibu sedih wang simpanan Ibu tidak cukup untuk membeli kasut itu. Malam hari walaupun hujan Ibu tetap keluar rumah meminjam wang dengan jiran-jiran kita. Anak, bila engkau sudah besar, ibu sangat bangga kerana engkau sudah pandai berdikari. Engkau sudah mampu mencari pekerjaan sendiri. Engkau pernah berjanji kepada Ibu, suatu hari nanti engkau akan menghadiahkan kepada Ibu gelang emas tanda cinta mu pada Ibu. Engkau mahu ke bandar mancari pekerjaan. Ibu sedih melepaskan mu pergi, kerana bagi Ibu terlalu sukar untuk berjauhan dengan mu. Engkau peluk Ibu dan memujuk hati Ibu yang lara. Engkau berkata setiap dua bulan enagkau akan balik kampung melawat Ibu. Sekali lagi ibu terpaksa menahan malu hanya kerana meminjam wang untuk perbelanjaan perjalanan mu. Ibu tidak kisah dengan kata hinaan jiran-jiran kita. Anak, kini setelah beberapa tahun kepergian mu, engkau masih tidak melawat Ibu. Kembalilah anak ku walau pun hanya beberapa saat sahaja. Ibu sangat rindukan mu. Sekarang Ibu sudah sangat tua, Ibu sering sakit-sakit. Bukan maksud Ibu menyusahkan mu, tetapi Ibu hanya minta engkau ubati rindu Ibu pada mu. Anak, dengarlah anak ku..Ibu tunggu kepulangan mu walau hanya seketika..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan